Rabu, 17 September 2008

Salam Pembuka Bicara Buat Pembaca Yang Budiman

Assalamualaikum buat semua pembaca yang dikasihi.

Hari ini, insyaallah dengan taufik daripada Allah swt, dapat juga saya mengikut serta bersama sahabat dan sahibah memasuki dunia blog ini.Kalau sebelum ini, saya hanya membaca blog-blog orang lain saja,kadang-kadang copy mengcopy dari sana-sini.Kini tibalah masanya pula saya mempersembahkan blog sendiri.Jazakallah di atas cadangan sahabat saya,saudara 'Ali Irfan bin Jamalludin supaya saya mewujudkankan blog ini.Sebenarnya saya sudah lama teringin untuk menghasilkan blog sendiri,bahkan sahabat saya di Mesir sendiri seperti saudara Ammar bin Zulkifli sendiri pernah mencadangkan kepada saya tentang ini.Bukan setakat itu sahaja,malah sahabat saya di Malaysia ,saudara Ruqaimi Rabbani bin Abdullah pun pernah mencadangkan pada saya.Setelah berlalunya masa dan hari,alhamdulillah akhirnya berhasil juga saya menghasilkan blog yang santai ini.

Melihat kepada sahabat-sahabat,sahibah-sahibah,abang-abang dan adik-adik yang aktif dalam penulisan blog-blog kini,saya merasakan saya mesti seaktif mereka juga.Berlumba dalam membuat amal kebaikan.Kewujudan blog boleh dijadikan mimbar untuk menyebarkan Risalah Islam.

Oleh itu,sebarang tunjuk ajar,teguran,cadangan,idea dan nasihat dari para pembaca ,amat-amat saya alukan bagi meningkatkan mutu blog ini.

Wassalamualaikumwarahmatullah.

3 ulasan:

BroHamzah berkata...

Tahniah akhi Mus'ab.. Alhamdulillah anta mula mengorak langkah..Sama2 kita menjadikan ia wadah utk sebarkan way'un islami

BroHamzah berkata...

Tahniah akhi..Teruskan memberi dan berkongsi

Kalam Puncak berkata...

Itu dia mus'ab..
yang ditunggu-tunggu muncul.
x pe nnti ana ajar ceriakan blog nta.

btw, kena mintak royalti ni, sebut nama ana dlm blog. =)

terus terobos!